Thursday, February 9, 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. malam ini terasa dingin sekali tubuhku. lemah.....aku terfikir jika hidup aku ini tidak lama di dunia ini,maka bagaimanakah pengakhiran hidup ini dengan segala dosa yang kian tebal menyeliputi tubuh kaku ini kelak. mungkinkah aku nanti akan berada bersama orang-orang yang dirahmati dan dikasihi olehNya atau aku adalah golongan orang-orang yang binasa. bergetar hati ni bila aku memikirkan soal kematian. hidup aku bercelaru. aku mengharapkan da seseorang yang sanggup membimbing aku untuk kembali ke pangkal jalan. aku tak nak matiku dalam keadaan hina. cukuplah aku dihina didunia dan jaganlah aku dihina dan dihukum diakhirat nanti. tapi mampukah aku untuk menghadapi dan mencari pintu keluar dari kegelapan dosa ini. aku seorang islam,namun islam ini seakan sekadar nama sahaja didalam kad pengenalan. sudah hilang jati diri aku sebagai seorang islam. aku malu,kerana aku yang dilahirkan sebagai seorang islam namun jahil dalam soal hukum agama aku sendiri, sedangkan rakan-rakanku yang berbangsa lain begitu taksub dan begitu yakin akan agama mereka. ya ALLAH mampukah aku hadapi semua masalah ini........aku tak sanggup mati dalam kehidupan aku yang nanti akan berkeluarga namun begitu alpa soal hukum hakam agama.. bagaimana aku akan membimbing anak dan isteri aku jika aku sendiri begitu bodoh dan jahil soal agama......